mcmc
Pendidikan

Sekolah Rendah Kebangsaan

Suan Lamba mempunyai 3 buah sekolah rendah yang berpusat di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan iaitu SK Kampung Suan Lamba, SK Rancangan Suan Lamba dan SK Kuala Suan Lamba.  SK Kampung terletak di Kampung Lanut yang mana kebanyakan murid sekolah adalah dalam kalangan penduduk kampung sendiri dan komuniti daripada Kg Gomantong Jaya Batu 4. SK Rancangan Suan Lamba pula terletak di Kg Rancangan Suan Lamba yang mana kebanyakan murid adalah daripada komuniti peringkat 1 dan peringkat 2 Rancangan Suan Lamba dan Ladang Menanggol. Manakala SK Kuala pula terletak di Kg Buang Sayang dan kebanyakan murid adalah daripada penduduk kampung Buang Sayang dan Lipong Hidayat. SK Rancangan  dan SK Kampung menerima murid bermula dari Pra-Sekolah sehingga tahun 6 manakala SK Kuala pula hanya menerima murid tahun 1 hingga tahun 6.