mcmc
Sejarah

Sejarah

Kampung Rancangan Suan Lamba pada dahulunya lebih dikenali sebagai sebuah estate yang mana didahulukan dengan penanaman kelapa sawit dan penduduk yang tinggal disekitarnya ialah mereka yang terdiri daripada pekerja tersebut. Ianya adalah hasil daripada rancangan Pangeran Galpam yang mana beliau jugalah individu yang membuka kampung jiran iaitu Kampung Lanut. Dahulunya, kawasan sekitar Kg. Lanut, Kg. Rancangan Suan Lamba, sehinggalah Kg. Manggis/Buang Sayang dan Hidayat dikelilingi dengan hutan tebal.
 
Penempatan baru adalah bermula di Kg. Lanut dan ianya juga diusahakan oleh Pangeran Galpam untuk membuka serta menerokai kawasan kampung tersebut. Hal ini kerana, kawasan Lanut pada dahulunya merupakan salah satu kawasan yang dikira strategik kerana meraka yang bekerja di Gua Gomantong, serta mereka yang melakukan kerja-kerja pembalakan adalah berdekatan dengan kawasan tersebut. Tambahan pula, jeti yang berfungsi sebagai pengangkutan untuk ke Bandar berpusat di Kg. Lanut sebelum dipindahkan ke Kg. Buang Sayang. Nama Kampung Rancangan Suan Lamba adalah diambil daripada perkataan Rancangan, yang mana ianya sebahagian besar rancangan pangeran Galpam untuk meluaskan lagi kawasan tersebut dan dapat diduduki oleh masyarakat sekitar kawasan dan juga mereka yang datang berhijrah dari ulu Kinabatangan dan juga yang jauh dari Sungai Intan serta Kg. Lipong yang mana terletak berhampiran dengan laut. Manakala untuk nama Suan Lamba pula, ianya diambil daripada nama Sungai yang bernama Sungai Lamba pada suatu ketika dahulu, yang mana ia berhampiran dengan kawasan tersebut. Pertukaran demi pengubahan nama maka ianya dikenalilah sebagai Kg. Rancangan Suan Lamba, seiring dengan arus pemodenan yang semakin berkembang. Tambahan pula penempatan pada awalnya adalah bertujuan untuk menempatkan para peneroka dan tidak hairanlah sekiranya hingga kini kebanyakan penduduk Rancangan Suan Lamba terdiri daripada kalangan peneroka.