mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Pelancongan

Pelancongan

Pelancongan amat memainkan peranan yang penting dalam menjadikan sesebuah kawasan itu sebagai salah satu tempat ataupun destinasi yang menarik sama ada kepada penduduk itu sendiri ataupun terutamanya kepada pengunjung dari luar. ianya mampu untuk mengembangkan lagi taraf ekonomi sesebuah kawasan itu serta memberi peluang pekerjaan kepada komuniti itu sendiri.

Daerah Kinabatangan tidak terkecuali sebagai salah satu kawasan yang terkenal dengan Pelbagai jenis spesis monyet, Gajah, resort-resort yang menarik dan sebagainya.

 

*Gua Gomantong*

 

Latarbelakang Gua Gomantong

Gua Gomantong ini terletak di dalam Hutan Simpan Gomantong Kelas VI (Hutan Dara) dengan keluasan 3,297 hektar, dalam Daerah Kinabatangan.

Gua Gomantong adalah merupakan satu contoh kejayaan kerajaan Negeri Sabah menerusi Jabatan Hidupan Liar memasikan pemuliharaan Insiu dua sepsis burung laying-layangiaiu Aerodramus fuciphagus dan Aerodramus maximus.Pengurusan penuaian sarang burung yang sisemaik memastikan kedua-dua populasi spesis burung laying-layang ini akan terus kekal.

 

Sarang Burung Layang-Layang Gua Gomantong

Sarang burung yang dihasil di gua ini adalah merupakan yang terbaik di dunia. Terdapat dua jenis sarang burung yang dihasilkan di Gua Gomantong iaitu Sarang jenis hitam dan Sarang jenis putih. 

 

Perkara-Perkara Menarik Di Gua Gomantong

Aktiviti penuaian sarang burung juga merupakan suatu pemandangan yang sangat unik dan mengkagumkan semasa musim penuaian. Para pekerja yang menuai sarang burung ini menggunakan peralatan tradisional seperti Piatau, gegulug, sesungkit dan ambong dalam melaksanakan kerja-kerja penuaian sarang burung ini. Kesemua peralatan ini dibuat daripada rotan dan bambu. Keupayaan pekerja-pekerja ini menaiki gegulug dan berada di atas piatau yang terapung-apung di langit gua  memberikan suatu pemandangan yang luarbiasa kepada para pelawat.Kehadiran hidupan liar lain seperti Orang utan, Lotong merah, Burung Enggang, Beruk dan Kera di kawasan persekitaran gua juga merupakan suatu perkara yang tidak asing.

 

Fee Masuk

Bayaran ada masa ini fee masuk yang dikenakan oleh Jabatan Hidupan Liar adalah sebanyak RM5 bagi pelawat tempatan dewasa dan RM2 Murid-Murid sekolah. Manakala bagi pelawat luar negara fee masuk adalah sebanyak RM30. 

 

 

  

 

 _______________________________________________________________________________

 *Jungle Camp Kinabatangan*

Kem Jungle Kinabatangan adalah benar-benar hutan simpan yang ditemui di Sukau Kinabatangan. Terdapat beberapa jenis binatang yang akan di temui di tempat tersebut contonya Monyet, gajah, Cicak hutan, Biawak,  Kucing hutan, tupai dan pelbagai  jenis burung serta binatang yang di jumpai seperti di zoo negara.Kem tersebut dibina dalam lingkungan tanah seluas 57 ekar. Perjalanan di darat mengambil masa kira-kira 2 jam dari Sandakan.