Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg Rancangan Suan Lamba merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.
Objektif penubuhan NADI adalah seperti berikut:
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
Maka dengan itu NADI Kg Rancangan Suan Lamba telah ditubuhkan pada tahun 2013 bagi memenuhi sekaligus mencapai objektif tersebut.