Dihadiri oleh 200 orang bertujuan mempupuk minda kanak-kanak dan ibubapa serta Memperkenalkan Program Advokasi sebagai garis panduan penggunaan internet secara positif dan selamat agar celik terhadap teknologi dan kandungan media baru, mewujudkan rasa tanggungjawab supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain, dan kepentingan kawal selia kendiri. Antara perkara yang ditekankan dalam TAKLIMAT ADVOKASI adalah seperti memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak dengan penipuan, mencegah buli siber, memfitnah dan sebagainya. |