Latar Belakang Kisah Kejayaan Ruswalda
Beliau seorang penduduk tetap di Kg Rancangan Suan Lamba dan telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet (PI) sejak tahun 2014. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik dan bersekolah di SMK Sukau.
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan PI Sebelum penggunaan ICT, Cik Ruswalda tidak tahu cara menggunakan atau mengendalikan komputer.Beliau jarang datang ke PI kerana malu dan segan dengan pengunjung lain yang pakar dalam mengendalikan komputer. Disebabkan itu beliau mengadu dengan ibunya dan meminta supaya didaftarkan untuk mengikuti kursus komputer dan beliau kini menjadi ahli PI serta mengikuti program yang dijalankan iaitu penggunaan ICT.
Selepas penggunaan ICT & penglibatan PI Selepas mendaftar kursus komputer di Pi1M Ranc Suan Lamba, Cik Ruswalda berasa seronok sepanjang mengikuti kelas & latihan yang dijalankan. Walaupun pada mulanya beliau kurang cekap dan lambat tetapi beliau tetap berusaha mengikuti latihan yang dijalankan. Lama-kelamaan beliau semakin cekap dalam mengendalikan komputer dan internet dengan etika yang sepatutnya.
Apa yang dipelajari Ruswalda melalui PI
– Asas pengenalan / penggunaan komputer
– Mempelajari dan praktikal Microsoft office
– Mempelajari dan menggunakan internet (membina emel, mencari maklumat dll)
– Mempelajarai dan praktikal adobe photoshop
– Mempelajari asas penghasilan video
Maklumbalas Ruswalda terhadap latihan dan bantuan yang diberikan oleh pihak PI
PI banyak membantu saya terutama sekali pengurus PI dan walaupun latihan/kursus telah tamat, pengurus tetap memberi tunjuk ajar terutama dalam memohon pekerjaan secara atas talian.