mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q4 2021 : ROSIMAH BINTI ABU BAKAR

Nama : ROSIMAH BINTI ABU BAKAR
Umur : 34 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Merupakan seorang surirumah sepenuhmasa. Berniaga makanan basah dan kuih muih tradisi di sekitar kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI 

Sebelum penglibatan PEDI, Pn Rosimah tidak tahu akan fungsi sebenar PEDI dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Selepas mengetahui fungsi PEDI, Pn Rosimah telah mengikuti kelas ICT yang dianjurkan dan mula belajar asas teknologi maklumat seperti penggunaan Microsoft word, excel & internet. Selepas itu, beliau mengikuti kursus kemahiran keusahawanan yang diadakan di sekitar Suan Lamba termasuk anjuran PEDI. Kini beliau semakin aktif menjalankan perniagaan kek secara langsung dan juga secara atas talian. Beliau kini memiliki kedai online wasep.me yang mula beroperasi pada Ogos 2021. Ia banyak membantu beliau mengetengahkan lagi produk jualannya.