Nama |
: SITI HANISAH BINTI SHARSA |
Umur | : 33 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Hanisah merupakan seorang yang aktif dan seringkali mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pusat internet dan agensi-agensi setempat yang masuk ke kawasan kampung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Puan Halnisah hanya menggunakan perkhidmatan seperti fotokopi dan mencetak apabila datang ke PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengetahui PI ada menganjurkan kursus seperti Kelas ICT, Kursus Bahasa Inggeris dan Program Keusahawanan, Pn Hanisah tidak akan melepaskan peluang untuk mendaftar sebagai peserta. Malah Pn Hanisah memberi kerjasama dengan PI untuk menjayakan program dan menjadi tenaga pengajar bagi kursus asas ICT. Selain itu beliau juga merupakan pengerusi KRT dan menjadi sahabat AIM di kawasan kampung beliau.