mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q3 2021 – ROZIENAZIRAH BINTI ISMAIL

Nama : ROZIENAZIRAH BINTI ISMAIL
Umur : 22 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Saudari Rozienazirah mula berkecimpung dalam pembuatan kek selepas tamat persekolahan di peringkat SPM.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, saudari Rozienazirah tidak tahu akan fungsi sebenar PEDi dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 

Selepas mengetahui fungsi PEDi, saudari Rozienazirah telah mengikuti kelas ICT yang dianjurkan dan mula belajar asas teknologi maklumat seperti penggunaan Microsoft word, excel & internet. Selepas itu, beliau mengikuti kursus kemahiran keusahawanan yang diadakan di sekitar Suan Lamba termasuk anjuran PEDi. Kini beliau semakin aktif menjalankan perniagaan kek secara langsung dan juga secara atas talian. Beliau kini memiliki kedai online wasep.me yang mula beroperasi pada Ogos 2021. Ia banyak membantu beliau mengetengahkan lagi produk jualannya