mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q3 2020 : WANZUR AIN BINTI MOHD TALIB

Nama : WANZUR AIN BINTI MOHD TALIB
Umur : 25 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Penduduk tetap Rancangan Suan Lamba yang bergiat aktif dalam perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, Wanzur hanya datang ke PI untuk urusan mencetak dan fotokopi sahaja dan beliau tidak mengetahui perkhidmatan lain yang ada di PI.   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui fungsi PI, Wanzur telah mengikuti kelas ICT anjuran PI dan belajar asas penggunaan komputer, menggunakan word dan power point. Setelah iu, Wanzur sudah mahir menggunakan komputer dan seringkali datang ke PI bagi membuat kerja seperti kertas kerja program, resume dan surat menyurat.

Seterusnya, Wanzur telah mengikuti kursus keusahawanan PI iaitu menjual secara atas talian melalui aplikasi shopee. Kini beliau telah mempunyai akau shopee dan aktif berjual secara langsung dan atas talian.

Selain itu, Wanzur dan PI juga telah bekerjasama dalam menganjur kursus kemahiran keusahawanan iaitu membuat bun & bakeri untuk komuniti kampung.