mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q3 2019 – HALIZA BINTI BUSTAMIN

Nama

: HALIZA BINTI BUSTAMIN
Umur : 37 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

 

Puan Halizah Bustamin merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan sangat berminat dalam dunia perniagaan terutama sekali dalam bidang makanan dan minuman bermasak. Beliau merupakan ibu kepada 3 orang anak yang masih bersekolah dan sangat aktif mengikuti peluang-peluang perniagaan yang dianjurkan di sekitar kampung.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan PI, Puan Halizah tidak pasti akan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan di PI. Beliau hanya menggunakan perkhidmatan seperti fotokopi dan mencetak apabila datang ke PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas mengetahui fungsi PI, Puan Halizah mula mengikuti kursus kemahiran keusahawanan yang dianjurkan seperti pemantapan perniagaan, pembuatan kek, pengurusan kewangan dan sebagainya. Hasil daripada kursus yang diikuti beliau semakin yakin dalam pemgurusan perniagaan yang dijalankan dan kini beliau merupakan ketua pusat bagi Pusat Nurul Hasanah, Kg Rancangan Suan Lamba iaitu yang dikendalian oleh Amnah Ikhtiar Malaysia (AIM).