Nama | : SITI NUR FAEZAH BINTI JABDOR |
Umur | : 20 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Penduduk tetap Kg Buang Sayang Suan Lamba dan surirumah sepenuh masa yang sangat berminat dalam bidang perniagaan terutama sekali dalam pembuatan kek.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Siti Faezah tidak tahu akan fungsi sebenar PI dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengetahui fungsi PI, Siti Faezah telah mengikuti kelas ICT yang dianjurkan dan mula belajar asas teknologi maklumat seperti penggunaan Microsoft word, excel san internet. Selepas itu, beliau mengikuti kursus kemahiran keusahawanan yang diadakan di sekitar Suan Lamba termasuk anjuran PI. Kini beliau menjalankan perniagaan kek di sekitar Suan Lamba.