Nama | : SAADIAH BINTI ANGGARUN |
Umur | : 51 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Penduduk tetap Rancangan Suan Lamba dan surirumah sepenuh masa yang sangat berminat dalam bidang perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Puan Saadiah tidak pernah datang ke PI dan hanya mendengar daripada kawan-kawan sekampung berkaitan aktiviti dan perkhidmatan yang terdapat di PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengetahui fungsi PI, puan Saadiah telah mendaftar sebagai ahli PI dan mengikuti kelas ICT anjuran PI. Semasa kelas ICT Puan Saadiah belajar banyak perkara seperti membuat kertas kerja perniagaan, slaid pembentangan, peta lokasi dan kad niaga.
Seterusnya, puan Saadiah juga mengikuti kursus kemahiran keusahawanan anjuran PI iaitu belajar manjual secara atas talian melalui platform shopee. Kini beliau sudah mempunyai akaun shopee dan aktif berjual secara langsung dan juga atas talian.