mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q1 2021 – JUMAIDAH BINTI AG SALLEH

Nama : JUMAIDAH AG SALLEH
Umur : 43 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Penduduk tetap Kg Rancangan Suan Lamba dan surirumah sepenuh masa yang sangat berminat dalam bidang perniagaan terutama sekali dalam bidang membuat kerepek

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, Jumaidah tidak tahu akan fungsi sebenar PEDi dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengetahui fungsi PEDi, Puan Jumaidah telah mengikuti kelas ICT yang dianjurkan dan mula belajar asas teknologi maklumat seperti penggunaan Microsoft word, excel & internet. Selepas itu, beliau mengikuti kursus kemahiran keusahawanan yang diadakan di sekitar Suan Lamba termasuk anjuran PEDi. Kini beliau aktif menjalankan perniagaan kerepek dan merupakan agen tudung juga di Suan Lamba dan menerima tempahan dari luar kawasan.