mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- Pn Sapiah Arison

USAHAWAN KECIL MAKANAN

Nama : Sapiah binti Arison
Umur : 53 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang 

Pn. Safiah merupakan penduduk tetap kampung dan seorang suri rumah yang aktif dalam perniagaan makanan dan minuman. Beliau berniaga makanan pada setiap hari di kawasan kampung bersama menantu. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada awalnya pn. Sapiah hanya berniaga secara langsung kepada penduduk tempatan yang mengenalinya. Beliau juga jarang berkunjung ke pusat internet kerana tidak mengetahui fungsi sebenar pusat internet yang dapat memberi bantuan melalui kursus ICT/keusahawanan yang diadakan di pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penglibatan pusat internet, pn. Sapiah telah mengetahui asas penggunaan komputer dan internet. Beliau juga belajar cara memasarkan perniagaan secara atas talian melalui media sosial iaitu facebook. Selain itu, beliau seringkali melihat perkembangan dunia perniagaan makanan melalui internet bagi menambahbaik perniagaan yang dijalankannya.

 

 

Apabila ada kursus atau latihan keusahawanan diajalankan di pusat internet, pn. Sapiah tidak akan melepaskan peluang untuk bersama bagi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan keamhiran yang ada sekaligus mengembangkan lagi perniagaan beliau. Kini pn. Sapiah selalu menerima tempahan makanan daripada penduduk kampung atau jabatan yang ingin membuat jamuan.