mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn Fauziah Kisman

USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKAN & MAKANAN

Nama : Fauziah binti Kisman
Umur : 39 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Pn. Fauziah Kisman ialah seorang suri rumah sepenuh masa dan telah berniaga sejak lebih 3 tahun yang lalu. Beliau sanagt minat dalam dunia perniagaan dan suka untuk menimba ilmu perniagaan. Perniagaan yang dijalankan ialah menjual produk kecantikan dan jualan makanan seperti ikan kering hitam dan lain-lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada awalnya sebelum penglibatan pusa internet, pn. Fauziah hanya berniaga secara kecil-kecilan dan tidak tahu bagaimana untuk mempromosi barangan jualan beliau secara online. Beliau juga tidak tahu dalam penggunaan komputer dan kurang cekap menggunakan internet untuk berniaga.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penglibatan pusat internet, pn. Fauziah telah pandai menggunakan komputer dan internet. Oleh itu beliau membuat rekod perniagaan dengan menggunakan excel bagi memudahkan beliau menyemak stok. Selain itu beliau juga telah mula menggunakan aplikai whatsapp untuk mempromosi perniagaannya. Apabila ada program atau latihan ICT dan keusahawanan dianjurkan di pusat internet beliau tidak akan melepaskan peluang untuk terlibat sama bagi menimba ilmu.