mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWAN Q3 2018 – RUZIANAH BINTI JUNAIDIN

USAHAWAN PERNIAGAAN MAKANAN

Nama : RUZIANAH BINTI JUNAIDIN
Umur : 21 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Ruzianah merupakan penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan pusat internet dan berniaga bersama keluarga. Minat menceburi dalam bidang perniaagan kedai makanan sejak lepas belajar lagi.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, Ruzianah hanya mempromosi kedai makan melalui keluarga terdekat sahaja, tanpa mengetahui teknik pemasaran atau pengiklanan diatas talian. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau kerap berkunjung ke PI bagi mengikuti kursus ICT dan keusahawanan yang sering dijalankan di PI. Beliau mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau selepas mengikuti beberapa kursus yang seringkali dijalankan di PI. Dengan ilmu yang diperolehi dari pelbagai kursus yang dijalankan di Pi kini beliau semakin yakin dalam menggunakan internet dan juga komputer bagi mencari idea dalam mempromosi jualan beliau.