mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWAN Q3 2018 – Dayang Afsah binti Afdal

USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT

Nama : DAYANG AFSAH BINTI AFDAL
Umur : 35 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Dayang Afsah merupakan penduduk Kg Lipong Hidayat dan sangat berminat dalam bidang perniaagaan. Beliau sudah berniaga kedai runcit hampir 10 tahun di kawasan kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, Pn Afsah hanya belajar sendiri di rumah menggunakan komputer adiknya tetapi sering menghadapi kesukaran kerana tiada tempat bertanya atau merujuk tentang apa yang tidak di ketahuinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau kerap berkunjung ke PI bagi mengikuti kursus ICT dan keusahawanan yang sering dijalakan di PI. Beliau mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau selepas mengikuti beberapa kursus yang seringkali dijalankan di PI. Dengan ilmu yang diperolehi dari pelbagai kursus yang dijalankan di Pi kini beliau semakin yakin dalam menggunakan internet dan juga komputer bagi mencari idea dalam mempromosi jualan beliau.