mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWAN Q1 2018 – Pn Mardianah Binti Awang

 

USAHAWAN PERNIAGAAN MAKANAN

Nama : MARDIANAH BINTI AWANG
Umur : 32 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Mardianah seorang suri rumah dan peniaga makanan secara kecil-kecilan di sekitar kampung. Seorang yang sangat mesra dan aktif mengikut aktiviti anjuran PI dan juga aktiviti yang dianjurkan oleh komuniti setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum penglibatan PI, Puan Mardianah hanya belajar sendiri dalam menggunakan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Selepas penglibatan PI dan mengikuti pelbagai kursus keusahawanan, maka kemahiran Pn Mardianah semakin meningkat. Beliau seorang yang rajin dalam mempelajari ilmu komputer dan aktif bertanya semasa sesi latihan diadakan yang memberi kelebihan kepada beliau agar cepat memahami apa yang dipelajari.