USAHAWAN KECIL KUIH-MUIH
| Nama | : DAHLINI BINTI MALAN |
| Umur | : 46 tahun |
| Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Puan Dahlini merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang sangat berminat dalam bidang keusahawanan terutama sekali dalam perusahan kuih-muih. Beliau mempunyai 4 orang anak dan sudah menjadi ahli PI sejak tahun pertama PI beroperasi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Dahlini sebelum penglibatan PI, Pn Dahlini sudah mula menjalankan perniagaan tetapi tidak pernah menggunakan komputer atau jaringan internet untuk perniaagaan yang dijalankan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau kerap berkunjung ke PI bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau selepas mengikuti beberapa kursus yang seringkali dijalankan di PI seperti, pengiklanan melalui media sosial .Beliau semakin yakin dalam menggunakan internet dan juga komputer bagi mencari idea dan membuat promosi jualan.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Dahlia tetap berkunjung ke PI bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan.

