mcmc
KESIHATAN

Kesihatan

Klinik-Suan-Lamba-dulu

Klinik Kesihatan Suan Lamba

Klinik Suan Lamba mula beroperasi pada tahun 1968 yang pada masa itu ditubuhkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB). Pada tahun 1986, klinik ini telah dinaiktaraf kepada Klinik Kesihatan Suan Lamba dan diambil alih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menempatkan kakitangan yang terlatih. Bangunan klinik diberikan oleh SLDB kepada KKM untuk membantu dan memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dalam aspek kesihatan.

Pada tahun 1990, klinik ini telah terbakar sepenuhnya dan berpindah ke bangunan baru yang diberikan oleh Borneo Samudera Sdn Bhd. Pada tahun 2003, klinik ini telah berpindah bangunan iaitu tapak klinik hari ini.

Dengan adanya klinik ini maka memberi kemudahan kepada semua penduduk kampung sekitar Suan Lamba kerana mereka tidak perlu lagi berjalan jauh bagi mendapatkan rawatan kesihatan. Walau bagaimanapun, bagi masalah kesihatan yang kritikal penduduk akan dirujuk kepada Hospital Kinabatangan yang jaraknya 42 km melalui jalan Sukau.

 

 Klinik-Suan-Lamba-kini