Tarikh | : 7 Julai 2018 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Rancangan Suan Lamba |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan |
|
Latihan keusahawanan pembinaan rumah burung walit dan penjagaannya. Kelas/latihan ini dihadiri seramai 7 orang penduduk kampung yang berminat dalam penternakan burung walit dan ingin memulakan pelan perniagaan mereka. | |
Aktiviti | |
Para peserta diberi taklimat berkaitan asas pembinaan rumah burung walit oleh Encik Mohd Ridzuan Ladja daripada Walit Central & KM Walit Lahad Datu. Tenaga pengajar menerangkan keperluan dan persediaan yang boleh dilakukan setiap peserta bagi memulakan pelan perniagaan mereka. Selain itu, tenaga pengajar juga memberi nota dan bunyi-bunyi burung sebagai rujukan dan simpanan peserta. Pada hujung latihan/kursus setiap peserta diberi peluang untuk mengajukan pertanyaan kepada tenaga pengajar bagi meningkatkan legi kefahaman merekamengenai kursus yang dihadiri. | |