mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q1 2021 : MOHAMMAD SYAFIE IRFAN BIN ROSDIN

Nama : MOHAMMAD SYAFIE IRFAN BIN ROSDIN
Umur : 11 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang 

Seorang pelajar sekolah rendah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi,adik Irfan hanya datang ke PEDi kerana mengikut Ibunya yang menggunakan komputer untuk capaian internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas pengibatan PEDi, adik Irfan telah mendaftar menjadi ahli pada tahun 2015 dan mula menggunakan komputer dan internet untuk melayari youtube. Pada mulanya adik Irfan tidak berani untuk menekan papan kekunci kerana bimbang akan rosak. Selepas itu, Pihak PEDi telah membuat kelas asas ICT bagi membimbing mereka untuk memanfaatkan perkhidmatan di PEDi untuk pembelajaran.  

Adik Irfan sangat aktif mengikuti kelas dan aktiviti di PEDi seperti kuiz ICT dengan menggunakan aplikasi kahoot, taklimat KDB/advokasi, pertandingan menaip dan melukis digital dan adik Irfan juga selalu membantu rakan-rakan menggunakan komputer.

Setelah mengikuti kelas-kelas ICT di PEDi, adik Irfan kini sudah cekap dan tahu cara panggunaan internet seperti membuat carian maklumat pelajaran, sumber rujukan dan menggunakan youtube.

Disamping itu, adik Irfan juga telah mempunyai kesedaran KDB/advokasi dalam melayari internet.