| Nama | : WAN AZMI BIN RAZALI |
| Umur | : 14 tahun |
| Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Wan Azmi merupakan anak sulung daripada 3 beradik dan seorang pelajar yang seringkali berkunjung ke Pusat Internet. Sudah mendaftar sebagai ahli PI sejak hari pertama PI beoperasi dan seorang yang aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Wan Azmi belum tahu mengendalikan komputer dan menggunakan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya Wan Azmi mengikuti taklimat asas komputer bersama rakan-rakan sekolah dan juga taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) yang dianjurkan oleh PI.
Selepas memahami dan melihat sendiri perkakasan komputer dan kelebihannya, Wan Azmi mengikuti kursus asas komputer dan mula mengetahui fungsi-fungsi komputer seperti melukis menggunakan software pant, menaip artikel menggunakan microsfot word dan power point. Seterusnya Wan Azmi mengikuti pula kursus pengenalan kepada ineternet bagi meningkatkan lagi pengetahuan ICT yang dimilikinya.
Kini, Wan Azmi sudah tahu mencari maklumat pelajaran melalui internet dan boleh mengendalikan komputer tanpa bantuan petugas. Malah Wan Azmi juga seringkali membantu rakan-rakan sekolah yang lain cara yang betul untuk menggunakan komputer dan internet.

