Nama | : DG NATASHAH BINTI ABDULLAH |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Dg Natashah merupakan komuniti Kg Rancangan Suan Lamba dan sudah menjadi ahli PI sejak tahun 2015 lagi. Seringkali datang ke PI dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, adik Natashah hanya belajar komputer sendiri di rumah dan sekolah bersama rakan-rakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan PI dengan mengikuti kursus anjuran PI, adik Natashah belajar mengenai asas penggunaan dan pengenalan komputer & internet. Sebagai permulaan beliau juga belajar microsoft office dan diperkenalkan dengan tools serta fungsinya semasa menaip.
Hasil daripada pembelajaran di PI adik Natashah sudah pandai membuat surat, resume, kad jemputan, kad niaga, kunci kira-kira dan slaid pembentangan.
Selain itu, adik Natashah juga diajar internet, kelebihannya serta keselamatan dalam melayari internet. Hanya dengan satu akaun gmail yang diajar oleh petugas PI, adik Natashah mendapat manfaat yang banyak.