Nama | : NORATIRA BINTI SAMAD |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Noratira merupakan pelajar lepasan SPM 2018 dan sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pengajian. Sementara menunggu panggilan tersebut, Noratira mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet (PI) dan mengikuti Kursus Asas Komputer anjuran PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Noratira kurang berkeyakinan dalam menggunakan komputer dan internet. Walaupun setiap hari melanggan data internet tetapi Noratira kurang mahir dalam mengendalikan atau mencari maklumat di internet. Malah Noratira juga jarang menggunakan aplikasi seprti Microsoft office untuk membuat kerja. Selama ini Noratira hanya membuat kerja secara manual atau bertulis sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan PI dengan mengikuti kursus asas komputer, Noratira sudah mula mengetahui cara menggunakan emel, menghantar, membalas dan menukar aturan dalam akaun emel.
Adik Noratira juga seorang yang cepat dalam mempelajari asas computer dan memahami apa yang diajar oleh petugas. Kini dia sudah pandai membuat surat, resume, kad jemputan, kad niaga, kunci kira-kira dan slaid pembentangan hasil daripada mengikuti kursus anjuran PI.
Selain itu, dia juga sudah mempunyai akaun SPA8 eRezeki dan laman social seperti facebook dan instagram. Hanya dengan satu akaun gmail yang diajar oleh petugas PI, adik Noratira mendapat manfaat yang banyak.