| Nama | : NUR ADILA AMILAH BINTI MATMIN |
| Umur | : 18 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Pelajar lepasan SPM dari SMK Sukau dan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Seorang yang positif dan sangat berminat dalam mempelajari ilmu ict.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Nur Adila menggunakan telefon bimbit untuk mencari maklumat namun mendapatinya sangat sukar kerana keterbatasan data internet dan beberapa sistem atau laman sesawang yang tidak dapat diakses melalui telefon pintar. Selain itu, beliau juga tidak tahu cara sebenar untuk mencari maklumat yang tepat dalam internet dan beliau juga jarang berkunjung ke PI kerana tidak tahu fungsi sebenar PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas ICT di PI, Beliau semakin mahir dalam menggunakan internet dengan cara yang betul. Penggunaan komputer beliau juga semakin meningkat terutama dalam penggunaan Microsoft Offic dan beliau mengetahui cara mendaftar ke portal pencarian kerja seperti SPA8 dan juga portal perniagaan e-rezeki.

