| Nama | : SITTI NAZIAH BINTI LAMBAYONG |
| Umur | : 30 tahun |
| Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Sitti Naziah merupakan seorang guru tadika KEMAS di Kg Rancangan Suan Lamba.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas pengibatan PI, Sitti Naziah mula belajar dengan asas pengenalan komputer dan Microsoft Office (word, power point dan excel). Beliau seorang yang cepat memahami dengan kursus dan latihan yang diberikan dan seringkali bertanya sekiranya beliau kurang faham atau tidak tahu mengendalikan komputer.
Setelah itu, Sitti Naziah juga telah mendaftar akaun emel dan tahu cara menggunakannya seperti menghantar emel, membuat lampiran dokumen dan mengubah aturan emel beliau. Dengan adanya emel jugaDengan adanya emel sendiri, dia kini sudah mempunyai akaun media sosial seperti facebook, Instagram dan youtube. Selain itu, beliau juga telah belajar perbankan dan pembelian secara atas talian degan menitikberatkan asas Klik Dengan Bijak (KDB) bagi mengelak penipuan dan scammer.
Kini beilau sudah tahu dan semakin yakin dalam menggunakan kemudahan internet dan dapat mebuat kerja dengan cepat.
