Nama | : ROSANITA BINTI LIMDI |
Umur | : 19 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Adik Rosanita merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik dan pelajar lepasan SPM pada tahun 2017. Menjadi ahli pusat internet pada tahun 2018 dan mengikuti kursus/latihan ICT yang dianjurkan oleh pusat internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, adik Rosanita tidak tahu menggunakan komputer kerana tidak mempunyai komputer di rumah. Dia hanya menggunakan komputer semasa di sekolah tetapi penggunaan yang terbatas kerana mengikut jadual dan berkongsi dengan rakan sekolah yang lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas pengibatan PI, adik Rosanita mula belajar dengan asas pengenalan komputer dan Microsoft word, power point dan excel. Dia sangat rajin dan cepat memahami dengan latihan yang diberikan. Dia kini sudah tahu menaip surat, membuat resume, memasukkan data dalam excel dengan menggunkan formula yang ada dan membuat persediaan pembenangan menggunkan power point.
Selain itu, Rosanita juga diajar untuk mendaftar akaun emel dan cara pengunaannya sebagai kemudahan untuk membuka akaun media sosial dan lain-lain. Dengan adanya emel sendiri, dia kini sudah mempunyai akaun lain seperti facebook, youtube, eRezeki dan lain-lain dengan satu emel sahaja.