mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Nurul Asikin binti Samad

Nama : Nurul Asyikin binti Samad
Umur : 19 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Nurul Asyikin merupakan penduduk kampung Rancangan Suan Lamba dan mendapat pendidikan awal di SK Rancangan Suan Lamba. Beliau juga merupakan pelajar cemerlang dan contoh sepanjang bersekolah di SMK Sukau, tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Selepas itu beliau menyambung pelajaran di SMK Bukit Garam dalam tingkatan 6 dan merupakan antara pelajar cemerlang di Kinabatangan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Adik Syikin kurang cekap dalam menggunakan internet dan perisian lain seperti microsoft word, excel dan power point. Adik Syikin sangat berminat dan ingin meningkatkan lagi pengetahuan beliau dalam ICT. Selepas dimaklumkan oleh rakan sekampung berkenaan pusat internet maka adik Syikin datang mendaftar dan mengikuti kelas/latihan yang dijalankan di pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti kelas/latihan ICT, adik Syikin semakin yakin dan mahir dalam menggunakan internet. Petugas telah membantunya mendaftar akaun emel peribadi dan mengajar cara menggunakannya. Beliau juga kini sudah tahu cara yang betul dalam mencari maklumat sahih di internet. Selain itu adik Syikin juga diajar menggunakan microsoft word, power point dan excel yang mana kemahiran ini memudahkan adik Syikin untuk melakukan tugas sekolah yang diberikan oleh guru.