Tarikh | : 09 November 2017 |
Masa | : 08:00 pagi – 12:30Petang |
Lokasi | : Padang kg. Rancangan Suan Lamba |
Peserta | : 150 orang |
Tujuan | |
Sukaneka tahunan ini diadakan bertujuan untuk menguatkan fizikal dan mental kanak-kanak. Disamping itu, sukaneka juga dapat menyihatkan tubuh badan dan dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan antara satu sama lain”.
Kanak-kanak tidak boleh belajar sepenuh masa dikelas sahaja tetapi perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti luar yang mampu membina kekuatan fizikal dan mental mereka. Oleh itu, sukaneka ini diadakan di luar kelas bagi meningkatkan jasmani, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak. Setiap tahun kanak-kanak tadika diberi peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam acara sukaneka.Sukaneka yang diadakan ini dapat menggembirakan kanak-kanak dan memberi pengalaman yang berharga buat mereka. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak aktif dan berseronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.Bukan itu sahaja, malahan kanak-kanak dapat memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. |
|
Aktiviti | |
Antara sukaneka yang telah dibuat adalah tiup belon sampai pecah, tiup tepung dan cari gula-gula, membawa biji telur dalam suda dan berlumba lari.
Selain daripada itu juga, ibubapa turut serta memeriahkan sukaneka kanak-kanak tabika ini. Anataranya sukan ibubapa, semakin jauh semakin sayang (menyambut biji telur dengan jarak 3 langkah kehadapan dan seterusnya), bapa solek ibu dan lari berpasangan.
|
|
___________________________________________________________________________________________________________________________________