Tarikh : 8hb & 15hb Oktober 2017
Masa : 9:00 – 11:00 pagi
Lokasi : PI1M Kg. Rancangan Suan Lamba
Peserta : 20 perserta
Tujuan & Aktiviti
Memperkenalkan Program Klik Dengan Bijak (KDB) sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat. Antara perkara yang ditekankan dalam KDB adalah seperti memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak dengan penipuan, mencegah buli siber, memfitnah dan sebagainya.
Melalui pertandingan ini, kita juga mahu memperkasa dan menggalakkan penglibatan komuniti menggunakan teknologi dan internet sejajar dengan nilai-nilai Islam, seterusnya melahirkan komuniti yang mempunyai tahap literasi teknologi yang baik serta menyumbang secara positif serta aktif dalam persekitaran digital.
Kami pihak Pi1M Kg. Rancangan Suan Lamba, berharap agar pertandingan seperti ini diteruskan pada masa akan datang dan lebih banyak pusat internet yang lain mengadakan pertandingan seperti ini yang bukan sahaja dapat mencungkil bakat di kalangan kakak-kanak dan pada masa yang sama memberi peluang kepada ramai kanak-kanak mengetahui penggunaan internet.
________________________________________________________________________________________________________________________________