mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q1 2021 – MASRIANAH WATIS BINTI ABDULLAH

Nama : MASRIANAH WATIS ABDULLAH
Umur : 37 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Penduduk tetap Kg Rancangan Suan Lamba dan surirumah sepenuh masa yang sangat berminat dalam bidang perniagaan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, Pn Masrianah tidak tahu akan fungsi sebenar PEDi dan perkhidmatan yang ditawarkan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengetahui fungsi PEDi, Pn Masrianah telah mengikuti kelas ICT yang dianjurkan dan mula belajar asas teknologi maklumat. Selepas itu, beliau mengikuti kursus kemahiran keusahawanan yang diadakan di sekitar Suan Lamba termasuk anjuran PEDi. Kini beliau aktif menjalankan perniagaan runcit dan sering membuat promosi secara atas talian iaitu melalui aplikasi whatsapp.