mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q2 2021 : ROSAMLIANA HAIDAH BINTI ASMARAH

 

Nama : ROSAMLIANA HAIDAH BINTI ASMARAH
Umur : 18 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Seorang pelajar lepasan sekolah dan menunggu keputusan SPM.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi,adik Rosamliana jarang datang ke PEDi

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 

Berdaftar sebagai ahli PEDi pada tahun 2015 semasa Hari Terbuka PEDi. Selepas itu, Rosamaliana mula mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PEDi seperti kelas ICT bersama rakan sekolah yang lain. Sepanjang menghadiri kelas ICT, Rosamaliana belajar dengan tekun dan dapat memahaminya dengan pantas.

Setelah itu dia dan rakan yang lain sering berkunjung ke PEDi bagi menyiapkan tugasan sekolah yang memerlukan mereka untuk mencari maklumat secara atas talian. Sekali lagi pihak PEDi memberi tunjuk ajar kepada mereka agar menggunakan dan melayari internet dengan bijak. Mereka dilatih mencari artikel yang sahih dan bersesuaian untuk dijadikan sebagai rujukan pembelajaran berdasarkan tugasan yang diberikan. 

Hasil daripada pembelajaran dan latihan ICT yang diikuti di PEDi Rosamaliana kini sudah mahir menggunakan microsoft word, power point, excel dan boleh menaip dengan pantas. Selain itu dia juga tahu menggunakan akaun gmail dan memanfaatkan internet dengan betul berpandukan tip Klik Dengan Bijak.