mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWAN Q4 2018 – AHADIAH BINTI GAPAR

USAHAWAN PERNIAGAAN MAKANAN

Nama : FARHANA BINTI ROSLY
Umur : 32 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

 

Pn Ahadiah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai seorang anak perempuan. Beliau sangat berminat dalam perniagaan dan juga asas kemahiran hidup terutama dalam bidang masakan makanan dan jahitan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan PI, Pn Ahadiah tidak pernah datang ke PI dan tidak tahu fungsi sebenar PI. Beliau berniaga dengan berkunjung dari rumah ke rumah bagi mempromosikan jualan iaitu sambal, biskut dan pelbagai lagi. Pendapatan beliau juga hanya sekitar rrm100.00 – rm300.00 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan PI, Pn Ahadiah sudah memiliki akaun facebook dan mula mempromosi jualan beliau secara atas talian. Selain itu, beliau juga mengikuti kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pusat internet iaitu kursus e-usahawan dan belajar mempromosikan produk jualan, menarik pelanggan dan meningkatkan jualan produk. Pendapatan beliau juga semakin meningkat menjadi rm500.00 ke atas.