USAHAWAN PERNIAGAAN BAKERI DAN KEK
Nama | : FARHANA BINTI ROSLY |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Pn Farhana merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan sangat berminat dalam bidang perniagaan terutama sekali kek dan bakeri. Beliau membuat kek dari rumah mengikut tempahan pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Pn Farhana hanya belajar sendiri dan bertanya dengan rakan-rakan cara menggunakan komputer terutamanya Microsoft word, publisher dan excel sebagai kemudahan dalam perniagaan yang diajalankan.
Selain itu, beliau juga menjadikan youtube sebagai rujukan dalam menghias kek tetapi beliau tidak tahu cara untuk memuatnaik video untuk mempromosikan perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan PI, Pn Farhana telah mengikuti kursus ICT yang dijalankan dan sudah mahir dalam menggunakan Microsoft office seperti publisher iaitu membuat kad niaga sebagai langkah promosi perniagaan.
Pn Farhana juga tidak pernah melepaskan peluang untuk mengikuti kursus keusahawanan yang dijalankan di PI seperti e-usahawan, e-Rezeki, produk Tupperware, kursus bun & bakeri dan lain-lain bagi meningkatkan lagi kemahiran yang dimiliki.