mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q3 2018 – NOR AMIRAH BINTI RIZWAN SHA

 

Latar belakang 

Pelajar lepasan SPM dari SMK Sukau dan sangat berminat dalam menceburi bidang baru bagi mencabar keyakinan dan kebolehan diri sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Nor Amirah menggunakan telefon bimbit untuk mencari maklumat namun mendapatinya sangat sukar kerana keterbatasan data internet dan beberapa sistem atau laman sesawang yang tidak dapat diakses melalui telefon pintar. Selain itu, beliau juga tidak tahu cara sebenar untuk mencari maklumat yang tepat dalam internet dan beliau juga jarang berkunjung ke PI kerana tidak tahu fungsi sebenar PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas mengikuti kelas ICT di PI, Beliau semakin mahir dalam menggunakan internet dengan cara yang betul. Penggunaan komputer beliau juga semakin meningkat terutama dalam penggunaan Microsoft Office dan beliau mengetahui cara mendaftar ke portal pencarian kerja seperti SPA8.