mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWAN Q2 2018 – Maznah binti Abdullah

USAHAWAN PERNIAGAAN KUIH-MUIH

Nama : MAZNAH BINTI ABDULLAH
Umur : 29 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Maznah merupakan seorang suri rumah sepnuh masa yang sangat berminat dalam bidang keusahawanan terutama sekali dalam perusahan kuih-muih. Beliau mempunyai 2 orang anak dan sudah menjadi ahli PI sejak tahun pertama PI beroperasi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, Pn Maznah sudah mula menjalankan perniagaan tetapi tidak pernah menggunakan komputer atau jaringan internet untutk perniaagaan yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau kerap berkunjung ke PI bagi mengikuti kursus ICT dan keusahawanan yang sering dijalakan di PI. Beliau mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau selepas mengikuti beberapa kursus yang seringkali dijalankan di PI. Dengan ilmu yang diperolehi dari pelbagai kursus yang dijalankan di Pi kini beliau semakin yakin dalam menggunakan internet dan juga komputer bagi mencari idea dalam mempromosi jualan beliau.