USAHAWAN PERNIAGAAN KASUT BOLA
Nama | : MOHD EZLANSYAH BIN ENNIS |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Ezlan merupakan seorang yang aktif dan sangat berminat dalam sukan terutama bola sepak dan futsal. Baru sahaja tamat persekolahan dalam SPM dan semakin aktif dalam perniagaan online yang dijalankan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya, Ezlan hanya berniaga bagi membantu abang beliau yang sudah sedia aktif dalam bidang perniagaan online. Jesteru minat untuk berniaga itu timbul. Sebelum penglibatan Pi Ezlan mempromosi jualan kasut melalui kawan – kawan semasa latihan bola sepak.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PI Ezlan semakin aktif dalam perniagaan dan menguruskan sepenuhnya perniagaan online dengan membuat promosi melalui facebook dan instagram seperti yang dipelajari semasa kursus media social anjuran PI.