Nama | : NURUL AZZA FIONA PHILIP |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Pelajar lepasan SPM dari SMK Sukau dan sanagat berminat dalam menceburi bidang baru bagi mencabar keyakinan dan kebolehan diri sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Nurul Azza menggunakan telefon bimbit untuk mencari maklumat namun mendaptinya sangat sukar kerana keterbatasan data internet dan beberapa sistem atau laman sesawang yang tidak dapat diakses melalui telefon pintar. Selain itu, beliau juga tidak tahu cara sebenar untuk mencari maklumat yang tepat dalam internet dan beliau juga jarang berkunjung ke PI kerana tidak tahu fungsi sebenar PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas ICT di PI, Beliau semakin mahir dalam menggunakan internet dengan cara yang betul. Penggunaan komputer beliau juga semakin meningkat terutama dalam penggunaan Microsoft Office.