Pn Maznah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang sangat berminat dalam bidang keusahwanan terutama sekali dalam perushaan kuih-muih. Beliau mempunyai 2 orang anak dan sudah menjadi ahli PEDi sejak tahun pertama PEDi beroperasi.Sebelum penglibatan PEDi, Pn Maznah sudah mula menjalankan perniagaan tetapi tidak pernah menggunakan komputer atau jaringan internet untuk perniagaan yang dijalankan.
Pn Maznah seorang yang aktif dan seringkali berkunjung ke PEDi, beliau juga selalu mengikuti kursus ICT dan keusahawanan yang seringkali dijalankan di PEDi. Selepas mengikuti beberapa kursus beliau semakin yakin dalam menggunakan internet dan juga komputer bagi mencari idea dan membuat promosi jualan.